Thursday, April 1, 2010

Peraturan-peraturan KEM

Peraturan-Peraturan Am Perkhemahan

1. 10 Undang-Undang Pengakap adalah undang-undang perkhemahan. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap harus diamalkan sepanjang tempoh perkhemahan.
2. Segala arahan Pegawai Perkhemahan dan Ahli Jawatankuasa Perkhemahan mesti dipatuhi. Tindakan disiplin akan diambil sewajarnya terhadap peserta-peserta yang tidak mematuhi peraturan atau undang-undang perkhemahan.
3. Pesert tidak dibenarkan keluar daripada kawasan perkhemahan tanpa kebenaran Ketua Perkhemahan.
4. Segala jenis aktiviti yang boleh merosakkan akhlak tidak dibenarkan sama sekali. Antaranya ialah merokok, minum minuman keras, perbuatan tidak senonoh, penggunaan kata-kata tanda lucah / biadab , “berdua-duaan” dan sebagainya.
5. Segala jenis kemalangan dan kecederaan harus dilaporkan kepada pemimpin dengan segera.
6. Kebersihan diri, kawasan perkhemahan dan sekeliling dan TANDAS diutamakan dengan menjaga sebaik-baiknya.
7. Pihak pemimpin dan Urusetia tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan barangan pesert. Semua peserta haruslah memikul sikap bertanggungjawab ke atas harta benda sendiri.
8. Peserta lelaki tidak dibenarkan masuk ke dalam perkhemahan perempuan kecuali dengan kebenaran pemimpin-pemimpin.
9. Peserta-peserta dikehendaki mengamalkan “Buddy System” pada setiap masa terutamanya pada waktu malam tanpa mengira di mana anda pergi. Peserta juga dilarang pergi ke tandas bersendirian. Utamakan KESELAMATAN.
10. Jangan pergi ke kawasan larangan yang berdekatan tanpa kebenaran.

Peraturan-Peraturan Berkaitan Dengan Barangan, Alatan, Makanan dan Minuman Perkhemahan

1. Peserta tidak dibenarkan membawa barangan elektronik seperti telefon bimbit, “mp3”, “mp4”, “walkman” dan sebagainya kecuali kamera.
2. Barangan jenis hiburan seperti majalah, buku komik, permainan-permainan, daun terup dan sebagainya tidak dibenarkan.
3. KERJA RUMAH tidak dibenarkan.
4. Barang-barang yang bahaya ataupun haram yang tidak berkenaan dengan perkhemahan ini akan dirampas pada waktu perkhemahan dan hanya akan dipulangkan selepas perkhemahan tamat.
5. Kehilangan atau penemuan barang peserta, pihak urusetia, pemimpin pengakap ataupun barangan pihak kumpulan harus diberikan atau dilaporkan kepada pihak urusetia dengan segera.
6. Setiap patrol bertanggungjawab ke atas keadaan dan kebersihan alatan yang dipinjam dari bilik pengakap. Kerosakan atau kehilangan sebarang alatan mesti diganti oleh patrol yang bertanggungjawab.
7. Makanan dan minuman ringan dilarang dibawa oleh peserta.
8. Peserta-peserta dilarang membeli makanan dan minuman luar dalam tempoh perkhemahan.
9. Air masak untuk diminum tidak akan disediakan oleh pihak urusetia. Setiap patrol dikehendaki menjerang air sendiri.
10. Peserta tidak dibenarkan menyuruh ibu bapa membawa makanan atau minuman semasa waktu melawat.

Peraturan-Peraturan Pakaian

1. Tanda nama perkhemahan wajib dipakai sepanjang perkhemahan.
2. Setiap peserta wajib mempunyai pakaidan seragam pengakap yang lengkap. Ketiadaan pakaian seragam pengakap yang lengkap akan dikenakan hukuman serta menjejaskan markah yang dipungut oleh patrol tersebut.
3. Peserta mesti memakai pakaian seragam pengakap lengkap semasa
a) Istiadat
b) Pemeriksaan pagi
c) Patrol anda bertugas
d) Berkumpul di SMKDU
4. Selipar hanya dibenarkan semasa mandi atau apabila diberi arahan.
5. Pakaian mencolok mata, seluar pendek dan cermin mata hitam dilarang dipakai sepanjang perkhemahan.
6. Peserta perempuan digalakkan memakai kemeja T berwarna gelap sepanjang masa terutamanya semasa aktiviti halangan komando.
7. Kasut dan stoking pengakap harus dipakai sepanjang perkhemahan kecuali pada waktu mandi atau tidur apabila dibenarkan.

Peraturan-Peraturan Tandas
1. Gunakan tandas mengikut jantina sendiri.
2. Perbuatan INTIP dan CONTENG di tandas akan menerima hukuman berat.
3. Peserta hanya dibenarkan mandi pada waktu yang telah ditetapkan sahaja.
4. “Buddy System” harus diamalkan setiap kali pergi ke tandas.
5. Peserta dilarang membersihkan makanan basah seperti ayam dan ikan dalam singki tandas.
6. Tandas perlu berada dalam keadaan yang bersih setiap masa.

No comments:

Post a Comment